Friday, 22 August 2014

Temporary Hiatus

Assalamualaikum.

Tahukah hampa yang trial spm iolls bermula ahad ni dan haram satu apa aku tak baca lagi. One word, mampoih. Dah la form 4 punya chapter berjuta juta sampai aku langsung tak ingat apa. Kalau ingat pun... dak. Aku tak ingat apa T.T

So, due to an upcoming exams terpaksalah aku berhenti sat blogging dan blogwalking ke blog hampa hampa semua. Eleh kalau budakpeliksstory tak hiatus pun bukannya aku update blog hahaha drama queen betoi.

jadual exam yang membunuh. tengok tanda tepi pun dah buat i kecut perut. gila banyak paper T.T

Jadi marilah kita sama sama berdoa supaya iolls, anis farhana dapat jawab dengan tenang dan dapat result yang cemerlang dan tak terkantoi bila masuk dewan nanti. Walaupun i masih tak study lagi... meh la doakan heee. Doakan juga aku ada semangat nak study. Makin nak exam, makin banyak main main. Bajet macam pandai sangat hang tu kan. Belagak.

Fail addmath baru hang tau!

Btw doakan ya pretty. Hahaha tetiba hang kannn pretty segala :')

Assalamualaikum.


UPDATE(05.09.2014) : Trial spm dah habis wehh Alhamdulillah walaupun aku rasa result aku mesti disaster T.T . Eh btw thanks for all your wishes :')

ps : meja kat dewan ntah susun ka dok lagi. aku taktau pun tempat aku. takkan nak jawab kat kelaih, tak feeling rr beb.

Saturday, 16 August 2014

PLKN

Assalamualaikum.

Semalam aku dapat mesej dari kawan pasal plkn. Terus gigih p check plkn untuk siri 12/2015 walaupun asyik kena refresh banyak banyak kali dan hasilnya...




AKU TAK DAPAT WEHHHHHHHHHHH :') Tak sia sia aku refresh banyak kali hahahaha.
Mula mula bila nampak maaf tu aku taktau nak buat reaksi macam mana sebab perasaan aku bercampur baur ewah bahasa melayu sangat. Rasa seronok ada sebab aku boleh bersenang lenang berbulan bulan, rasa sedih pun ada jugak. Banyak dari rasa seronok sebab aku memang dah target aku dapat. Maklumlah anak bongsu, kakak ngan abang aku lak tak dapat plkn, aku ni kira senarai wajib p la kan. Lagipun banyak orang cakap;

seronok la p plkn

plkn best tauuuuu

rugi tak p plkn

Apa yang depa kata ni membuatkan aku rasa nak p. Buat aku rasa nak try apa yang best sangat kat plkn. Setakat ada monkey bar, flying fox, titi kecik goyang goyang tu takyah rr sembang kencang ngan aku. Dari darjah 6 aku takmau p plkn sebab menda ni rrr. Si jebon monkey bar ni buat aku terpaksa cuci muka guna ayaq kotoq bawah monkey bar tu(kena denda sebab aku tak reti reti nak gerak dari palang pertama muahaha). Sampai lani iolls trauma nak main monkey bar tau walaupun monkey bar kat playground mana ada kolam bawah tu ngeng. Overdose punya trauma!

Tapi hampa tau la kan, remaja ni cepat terpengaruh, gemar mencuba. Aku pun macam tu jugak tapi takdak lah lagi perasaan nak try isap rokok ka apa kan hehe. Start dari awal form 5 aku dah mula redha kalau dapat plkn. Tu pun lepaih psiko diri sendiri hahaha. Siap kata tak jantan rrr kalau takmau p plkn.

Sekali tak dapat plkn... sah sah aku bukan jantan.

Tapi takpa lah, bukan rezeki nak p. Meh lah kita tunggu panggilan kedua. Allah tau apa yang terbaik untuk aku. Jadi lepaih spm nanti, jangan muntah tau bila aku update entri muahahahahahaha...

Muahahahahahahhahahahahahahha huk huk.

Assalamualaikum.


ps : baru berangan nak kawan baru.... hmm seronok la timah leh p kan timah kan. btw timah tahniah semoga bahagia dengan tuan tuan kat sana wkwkwkwkwk. bajet gila macam p esok padahal lagi berapa bulan daaaaa.

Friday, 1 August 2014

Duit Raya #2

Assalamualaikum.

Ewah haritu kata tak balik raya sebab takdak keta pastu tetiba mai mana duit raya ni? Kaki kencing la hang ni anis oi hahaha. Sebenaqnya camni ceqita dia, lepaih aku balik sembahyang raya pakai baju raya lama(aku malaih nak iron baju so pakai baju raya lama yang takyah iron punya pemalaih haih lagipun aku dah lambat sebab busy update blog), ada beberapa orang kawan ayah aku offer nak bagi pinjam kereta. Baguih kan. Camni la kawan sejati. Time susah ada, time senang pun ada. Harap harap aku ada kawan camtu :')

So apa lagi, jom balik kampungggggggggggggg oyeah.

Bila dah balik kampung aku ingatkan orang berpusu pusu nak bagi duit raya kat aku sebab aku sampai penang lambat gak rr walaupun takdak lah jauh mana kulim ngan balik pulau. Sekali sampai kampung, danggggg krikk krikk... Takdak sapa bagi. Hmm i redha :')

Bila dah petang sikit barulah adik beradik sua sikit duit raya. Seronok gila aku muahahaha maklumlah aku kan still budak budak. Suka tau depa ni buat aku berdebar debar kot kot tak dapat duit raya. Kalau tak dapat, habih la aku. Sebelum raya aku dah target okey nak beli apa dengan duit raya, punya semangat tau. Kalau aku semangat camni time membaca, exam nanti konfem lulus dengan cemerlang. Tapi itu hanyalah mimpi...

Alhamdulillah, tahun ni banyak gak aku dapat. Sebenaqnya ada lagi tapi aku dah beli buku sampai 90 hinggit, jadi tinggal banyak ni ja la sobs sobs. Kerana kehendak hati, duit raya terpaksa aku korbankan. Tapi takpaaaaaaa membaca itu kan amalan mulia. Baca lah baca sampai lebam bijik mata. Tetiba aku rasa penat okey lah nak chawwww.

Assalamualaikum.


ps : teringat lak kat ikan merah bakaq, ikan pari bakaq cicah ayaq asam malam hari raya pertama. perghhh dap ahhh.