Sebenarnya ini cerita semalam tapi aku tunda ke hari nie disebabkan hal hal yang tertentu*konon*. Kalau hampa baca tajuk pun hampa dah boleh agak nie entri cerita pasal apa. Yup, ini cerita pasal lisan. Lisan bm yang aku buat semalam. Sangat sangat menakutkan padahal baca kat depan ja. Eh, mentang mentang dah habis boleh rr belagak tenang :p
Yang paling menakutkan, cikgu bukan panggil nama ikut turutan. Cikgu pick randomly dari satu bekas. Bajet macam cabutan bertuah la. Bertuah la sangat kan... anis farhana... tetiba cikgu panggil nama aku. Walaupun time tu muka cuak tapi aku still boleh lex lex lagi tapi bila dah duduk terpacak kat depan terus gagap. Huwaaaa, rasa macam nak balik rumah!
Nak dijadikan cerita, aku nie jenis cakap laju. Time baca lisan tu tak semena aku cakap lajuuuuuuu. Siyes aku takleh kawal diri. Kang cakap lambat lambat kang, satu jam baru habis. Isu buli dalam kalangan pelajar bla bla bla demm. Btw aku cakap laju ada sebab oke. Bukan aku saja saja nak cakap laju bajet pandai. Lagipun aku nak bagi habis cepat. Wa dah tak heran benda lain. Tak heran wa cakap sama lu.
Dan cikgu bm aku cakap aku takde brek. Eh, sedih saya cikgu cakap saya cenggitu. Bukannya saya sengaja. Kawan aku lagi teruk, dia cakap aku cakap macam machine gun. How dare u! Okelah, aku kena study. Khamis nie dah start test 1. Yea, aja aja fighting!
Assalamualaikum.
ps : lepas habis test, aku edit blog sampai puas. now, aku kena belajar killer subjects dulu lol :p