Wednesday, 1 May 2024

Life Update 2024

Assalamualaikum.
Bermula dari Januari 2024, banyak perubahan yang berlaku dalam hidup aku. First, aku dah tak duduk Kedah. Yang ni yang paling sedih actually tapi so far not bad. Cuma aku kena biasakan diri pergi mana sorang-sorang, sebab saya takda member dekat sini, kereta pun takda. Memang berdikari rasa. Btw kan, aku jenis introvert tau, memang sejenis manusia suka duduk sorang sorang tapi for the first in my life, aku rasa sunyi gila sampai nangeh. Maybe sebab takdak kawan kot tapi malas nak bercakap dengan orang, so lantak kat hang. 

Lepas tu, perubahan kedua. Kerja aku sekarang adalah kerja yang paling aku nak elak dulu hahaha. Aku ni sampai bergaduh dengan pakcik aku la sebab pakcik aku duk paksa paksa aku suruh kerja tu, sekali benda tu jugak la yang aku dapat. Dah rezeki dekat sini, aku terima dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah tapi aku still tak sure nak kerja apa lepas ni hahaha. Takpa la, kita habiskan yang ni dulu. So far aku sukalah. Sebab balik awal dan dekat dengan rumah ahahahaha. 
Kenangan pergi perlis, hari sabtu gerak hari ahad malam balik sampai rumah around 5 pagi pastu mandi terus pergi kerja :')
Dan sekarang aku kenal ramai orang jugak, takdak la ramai sangat tapi kalau compare dengan zaman universiti, other than my classmates, memang aku tak kenal orang lain. Tapi sekarang aku macam cuba jadi peramah la juga walaupun still makan jauh dari orang. Taktahu la kenapa, maybe sebab nak elak cerita pasal personal lebih lebih kot. Sebab mulut aku ni kadang kadang bawak masalah jugak. 

Oh, lupa nak cerita yang aku makin gelap sekarang huhu. Makcik aku dah tegur dah tapi so for no brightening products yang works for me. Tapi tulah, sunscreen pun malas nak reapply, memang padan muka la. Sedih sikit.

Okay, bye :)

ps: macam mana glow up, dah masuk 27 ni, macam tu jugak gayanya :'(