Tuesday 21 September 2021

Surat rayuan ke universiti

Assalamualaikum. 

Sejak dah habis belajar ni aku macam tak peka sangat dengan kehidupan luar haha apa yang jadi kat negara pun aku taktau sangat kecuali terbaca dekat twitter. Tu kalau aku buka twitter lah. Tapi haritu sembang dengan kawan, baru tahu kata result upu untuk lepasan stpm/matrik keluar. Wahh tetiba kami dua orang mengimbau kembali zaman kecewa, berduka lara sebab upu tak diterima. Btw aku dengan kawan aku, dua dua tak dapat upu. 

Masa awal-awal tu aku okay lagi tau sebab ada kawan matrik yang tak dapat jugak. So masih tenang isi rayuan semua, hari hari aku lalui dengan penuh gelak tawa haha. Sumpah macam confident gila akan dapat rayuan... tapi apakan daya rayuan pun aku tak dapat. Masa ni sumpah aku down dah, aku tak on data phone dua minggu sebab takmau cakap dengan orang. Dengan parents aku pun aku tak cakap. Dah la masa tu raya haji tau, so pergi solat raya dengan muka masam gila. Jiran nak tegur pun takut.

Tapi memang aku down gila, dua minggu layan kpop siang malam. Actually aku dah stop minat kpop tau masa dekat matrik tapi disebabkan aku terlalu boring dan down, aku start tengok kpop balik... Hari hari aku dengar lagu BTOB It's Okay hahah sedih gila hidup. Bila aku fikir balik, upu ja pun, awat nak sedih sangat tapi time tu rasa macam kalau aku tak dapat upu, aku nak buat apa dengan hidup aku. 

Tetiba ada satu hari tu aku macam dapat hidayah ka apa taktau tetiba buat keputusan nak hantar surat rayuan ke universiti. Kalut la cari kat internet template surat rayuan haha. Aku baca orang suruh email, call atau pergi terus fakulti. Tapi aku kan jenis pemalu so memang tak la aku nak call kan. So aku email ja la. Bila fikir balik macam takdak effort gila aku ni, sebab kawan aku sorang dia pergi terus fakulti huhu. Alhamdulillah rezeki, dapat jugak masuk universiti untuk second intake. 

ni surat yang aku hantar dekat pihak ukm

Aku hantar surat dekat 3 universiti kot, ukm, uitm dengan umk. Ukm dengan uitm tu sebab dalam rayuan aku letak ukm dengan uitm. Yang umk tu sebab kawan aku yang suruh. Surat ni memang aku tiru sebijik template yang aku jumpa kat internet. Dah la hantar guna email pelik gila hg tau, aku malu gila bila dapat email dari ukm kata congrats dah jadi student ukm. Jadi, pesanan iolls, guna la email yang sopan-sopan nama dia. 

Dalam email untuk permohonan rayuan nak masuk universiti tu aku masukkan salinan ic, result spm, sijil matrik, transkrip matrik, result muet dengan penyata gaji parents. Yang dicop oleh penghulu kampung ahaks. Cepat betul masa berlalu, 4 tahun lepas, time ni aku dah dua minggu jadi student degree rasanya. Dan cepat betul masa berlalu, aku dah graduate dah sekarang :)

Assalamualaikum. 


ps : btw lepas masuk ukm, ketua program aku cerita behind story kenapa aku dapat second choice hahaha sebab first choice tu dah penuh and depa tak reply pun kata nak terima aku ka dak. Pastu ketua program aku kesian dekat aku, takut tak dapat uni so depa terima aku hahaha. 

5 comments:

  1. Weih, tapi kan Anis - usaha tu memang lain macam ah. Kalau aku, taktaulah cemana. I mean, kalau aku yg handle admission, I would surely amik kau masuk department aku doh sebab looking at the effort and qualification kau hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha alhamdulillah. Tapi memang masa tu rasa macam email ja jalan terakhir aku hahaha

      Delete
  2. Dapat rasa down tu. Syukurlah akhirnya ada effort untuk email dan dapat second intake. Alhamdulillah..dan now dah graduate. Congrats! Kenangan manis untuk dikenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul. Memang kenangan manis, kalau sembang dengan kawan yang second intake jugak selalu gelak2 dan actually orang tak tahu pun saya second intake hahahaha

      Delete
  3. sama macam kes kawan saya dulu, dia pun kena merayu sebab tak dapat haritu. ada kawan yg dapat kos lain, tapi nak tukar kos fakulti kami. alhamdulillah dah grad at last semua berjaya grad sama2. tahniah anis dah konvo!

    ReplyDelete

Sapa komen dia baguihh.