Thursday, 27 July 2017

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER

Assalamualaikum. 

So, aku nak cerita pasal bestfriends aku dekat matrik. Aku pun tak ingat macam mana boleh rapat tapi memang dari first day lagi dah tunjuk perangai sebenaq haha, lagipun kami sama sama second intake. Btw dari sem 1 lagi aku dah janji nak update pasai depa tapi maklumlah, janji melayu kan hahaha. Banyak kenangan aku dengan depa kat matrik ni tapi aku lupa huhu so aku cerita yang aku ingat ja la. Kenangan yang buat aku rasa nak tergelak bila ingat balik.

dari kiri : wani, tiya, aku
1. Pernah sekali tu kami tiga orang rancang nak pergi jitra. Rasanya masa tu aman central tak bukak lagi. Bukan main merancang nak naik bas la, nak bangun awal la apa la, at last pukul 11 kot baru nak turun. Mana nak cari bas pukul 11 hahaha tapi dengan berlagaknya cakap kat pakcik teksi, takpa kami naik bas p jitra, pakcik hantaq kat station bas ja pakcik. Sekali sampai station bas, blur taktau nak buat apa hahaha. Memang ada bas tapi aku pun taktau bas tu nak p mana pastu semua pun macam hmm p cmart ja la. So berjalanlah kami 3 orang p cmart. Masa tu takdak duit so memang tak la nak naik teksi p jitra.

Masa nak balik tu, nak naik teksi, sekali ternampak pakcik yang hantar kat station bas tu lol serious aku rasa nak tergelak. Bukan main berlagak dengan pakcik tu pagi tadi, dia nak hantaq p jitra, kami takmau. Nak naik bas jugak! Padan muka at last p cmart ja hahaha >.<

2. Selalunya sambut birthday, kami makan makan ja tapi pernah la haritu, bulan 1 haritu kami sambut birthday main baling belon isi air. Birthday party gone wrong. Btw cerita ni melibatkan ramai orang haha bukan kami 3 orang ja tapi tak kira, nak cerita jugak! Lepas dah main baling baling tu, kami pun start la makan, selfie pastu lepak lepak sembang apatah. Tetiba kawan aku start main air balik, haa apa lagi kemain la kami hingaq dan bermulalah drama... drama yang melibatkan felo!

Sebelum kena marah. Hi shalin! (tiya kat belakang tu, wani entah la p mana)
Felo tu mai dekat kami pastu marah marah.. masa tu aku takleh berfikir dengan baik dah. Memang rasa nak nangeh ja masa tu. Pastu felo tu mintak kad matrik, dah kena p ambik kat bilik pulak hmm(sapa ja bawak kad matrik malam malam). Masa tu memang takut gila sebab kami sem 4 dah kot, takut dia mengata apa pulak. Lama jugak la kena marah, dah la orang duk lalu tengok huhu. Lepas felo tu blah balik rumah dia, bermulalah drama air mata haha malu gila bila ingat balik. Oh tapi aku tak ingat la aku menangeh ka dak haha shalin pls comment nanti.

Tapi masa tu serious aku takut takleh balik rumah minggu depan sebab felo tu ambik gambar kad matrik erghh. Sampai nak isi mis pun takut lol, siap rancang nak fly ja takyah isi mis tapi kami semua baik, isi jugak mis hahahaha. Nasib takdak apa apa yang jadi.

Malam tu kena marah esok tu happy balik hehehe macam dah lupa apa yang jadi semalam :')
Walaupun tak best tapi nak post jugak hehehe okay bye assalamualaikum.

12 comments:

  1. Hahhahahah, baca ni rasa nak nangis sebab rindu plus nak gelak sebab lawak. Kami dh ckp takde pape, hampa takut lebih. Btw, hampa nangis ea mlm tu. Kami still ingat muncung itik hampa. Hahahahah, comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha sorry la first time kena marah macam tu, of course la ketaq hahahahaha >.< Hahahaha yekeeee, ingatkan iolls ni kental orangnya :')

      Delete
  2. Sis singgah. Nice post, semoga friendship berkekalan sampai ketua noh :D

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Eh rajin pulak hg comment blog aku hahaha okay teah!

      Delete
  4. sweet jeeee. tetiba rasa rindu suasana masa study. harap friendship korang berkekalan. comel je perangai masing2. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha rindu sangat!! InsyaAllah aminn :')

      Hahahaha budak budak biasala lol hahahaha :')

      Delete
  5. rindu zaman study dulu... huhuhu...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #31.

    http://www.mialiana.com/2017/07/senarai-url-blog-31.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada malam ini. Gud luck.

    ReplyDelete
  6. dari segmen Senarai URL Blog #31
    https://marblemomo.blogspot.com/
    singgah sini

    ReplyDelete
  7. best!!

    singgah blogwalking dari Segmen Nak URL Blog #31

    www.myarosli.com

    ReplyDelete
  8. bff adalah sahabat yg paling kita kene hargai....

    ReplyDelete

Sapa komen dia baguihh.