Tuesday 26 April 2016

End of semester 2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah aku dah habih pspm 2, semalam. Dan aku dah pun selamat tiba di rumah semalam haha. Memang gigih gila semalam, lepaih habih exam teruih bergegas naik bilik ambik barang. Semangat nak balik gitew.

Tapi takdak la senang senang macam tu ja nak balik sebab ketahuilah bilik aku dekat tingkat 3. Nak dijadikan cerita aku tak tinggal barang langsung bajet macam budak pst padahal pdt(ingat sikit hang ada lagi 2 sem kat kmk). So memang tenat la turun naik bawak barang. Dengan timba, dengan raga, dengan dua bijik beg baju yang berat nak mamp taktau pasaipa, dengan tikaq, dengan payung yang aku bawak tapi tak pernah guna dan pelbagai lagi barang yang tak penting tapi taktau kenapa aku bawak. Kalau la rumate tak tolong, mesti aku dah pengsan kat tangga.

Oh aku ada tinggai penyapu. Wakaf kononnya huhu padahal sebab malaih nak naik hahaha.Tapi boleh ja aku ambik balik penyapu tu sebab aku ada naik sebab tertinggal kasut tapi taktau kenapa aku tak ambik. Nanti takyah beli penyapu dah. Kenapa tak ambik anisss? Haha ala penyapu ja pun. Eh tetiba teringat yang siling bilik aku ada yang terkeluaq. Dan aku tak buat report haha. Jadi, sesapa dapat bilik tu nanti jangan terkejut pulak haha tapi rasa macam depa repair kot. Ka dak. Taktau la.

Sebenaqnya aku sedih tau bila dah habih sem 2 ni. Lepaih ni aku dah takleh jumpak timah dengan teah. Dah takleh lepak sekali, outing sekali(baru sekali ja outing 3 orang tu pun sebelum study week haha), makan sekali. Wei serious sedih tapi aku tetap seronok untuk hampa. Tahniah dah habih matrik :)) Btw goodluck untuk semua student matrik. Semoga dapat 4 flat hehehe. Bila tah dapat result, 3.6 eh?

Takmau tau T.T
Ok lah bye. Assalamualaikum.

ps : Ya Allah, bagilah math dengan kimia aku lulus T.T

Saturday 2 April 2016

Matrikulasi vs Form 6

Assalamualaikum.

Aku merupakan student matrik kedah. Program dua tahun. Modul 3. Mula mula masuk depa bagi modul 2 dekat aku. Menangeh nangeh mintak tukaq walau classmates dulu best. Tapi disebabkan fizik, ku rela masuk bilik kaunseling nak mintak borang huhu dah la time tu kaunselor sorang tu tengah marah sapa tah haha takut aku. Nasib aku keluaq dengan selamat :')

Sebelum aku masuk matrik, aku masuk form 6. Sains. Dekat sekolah cina. Ni lagi menangeh nangeh aku mintak nak keluaq. Kalau tak keluaq form 6, at least tukaq jurusan. Sebelum aku masuk form 6, serius aku confident yang aku boleh bawak tapi kita hanya mampu merancang. Aku baru jejak sekolah cina teruih aku down. Boleh ka aku stay kat sekolah ni? Dengan keciknya, dengan sesaknya hmm. At last mintak tukaq p sekolah lama. Tapi nak tunggu tukaq tu ambik masa lama gila. Aku stress jadi aku p sekolah dua minggu ja pastu stay rumah sambil berharap surat tawaran u mana mana dan berharap dekat matrik haha sedihnya.

Masa aku duduk rumah tu memang aku banyak termenung duk pikiaq masa depan yang gelap tu sambil dengaq lagu miracle happen. Memang time tu aku berharap gila dekat matrik. Memang duk doa bagi la dapat matrik. Walau orang kata macam macam kat matrik aku tetap nak matrik. Biaq p la dapat dua tahun biaq la orang kutuk pdt pun aku tetap nak. Memang nak gila matrik masa tu.

Aku bukan pandang rendah dekat form 6 tapi kalau boleh aku nak duk asrama. Kalau boleh aku nak berdikari. Kalau boleh aku nak teruskan dengan sains. Memang mula mula dulu dapat form 6 sains tapi takdak melayu kot takkan aku sorang ja kat situ memang takdak maknanya wei. Jadi aku nak matrik sebab orang kata matrik senang sikit hahaha tapi takdak la senang sangat rupanya huhuhu.

Dah la aku dapat form 6 dekat sekolah cina hahaha lawak apakah ini.

Akhirnya, aku dapat jugak matrik yang aku nak tu. Memang seronok gila tahap takleh blah rr sebab takyah ambik sastera hahahahahha seronoknyaaaa. Tapi dapat kmk huhu kenapa tak dapat kmpp. Kmpp dekat sikit dengan kulim. Tapi takpa lah dapat sekali dengan timah hehe boleh lepak sekali. Dan lani timah pun dah nak habih dah dan aku pun tinggal lagi setahun kat sini. 18 ni dah nak pspm. Doakan i dapat 3.5 and above huhu.

Sorry la entry ni bukan nak cerita pasai pros cons matrik dengan form 6 sebab aku pun taktau. Aku pilih takdak ikut pros cons semua tu. Aku pilih ikut apa yang aku nak untuk aku. Aku yang nak belajaq jadi aku pilih ikut aku la hehe. Kalau nak ikut pros cons memang tak kemana la sebab dua dua pun tak best hahahaha. K lah byeeeeee. Assalamualaikum.

Ps : Tapi matrik best hehehehehe dan kawan aku dekat form 6 pun seronok ja. Ikut diri masing masing ;)