Friday 24 April 2015

Picoms

Assalamualaikum.

Hampa terkejut dak kalau ada orang yang ntah dari mana tetiba call pastu tetiba cakap;

Confirm tak ni?

Nak pergi esok atau rabu ni?

Boleh datang esok tak daftar terus?

Pabenda ni wehhhhh aku dok kat kedah kot pastu tetiba hang nak suruh aku p kl malam ni tanpa persediaan pastu esok tu teruih nak daftar masuk kolej. Gila ok gila.

Lepaih habih cakap, ayah aku bagitau tu dari picoms dan baru aku teringat yang aku ada isi picoms kos dip in mlt dua hari lepaih. Yes, dua hari lepaih dan hari ni aku dapat offer dan esok kena p daftar. I cannot brain this. Dengan barang semua tak ready lagi, fizikal dan mental lagi lah tak bersedia since aku dah berapa bulan terbongkang kat rumah ja. Gila.

Tapi macam salah aku pun ada haha. Aku sendiri pun tau lani dah hujung bulan pat tapi masa isi tu, aku dengan relaxnya tick 'intake april 2015'. Pastu bila orang call tanya nak p ka dak, baru terketaq ketaq hahaha.

Setelah pikiaq masak-masak, takdak la masak sangat sebab aku pikiaq dalam berapa minit ja hehe. Aku buat keputusan yang aku takmau p. Bukan sebab tak minat. Bukan sebab swasta ka apa. Tapi sebab... aku nak p kenduri kakak aku. Yeah, aku takmau la terlepaih kenduri kakak sendiri. Sedih kot takleh p keduri kakak sendiri huhu T.T (dan sedikit sebanyak aku bersyukur tak dapat matrik sebab kalau dapat matrik aku tak dapat p kenduri kak aku dan paling sedih, kenduri kak aku dalam minggu orientasi :'))

Dan lagi satu sebab... baju tshirt blouse whatever aku tak cukup lagi. Banyak lagi weh nak kena beli, dengan duit pun nggak ada dong haih. Pening kepala betui. Tak sangka aku, kolej yang aku saja-saja isi tetiba boleh bagi aku pening kepala haha.

So, bye picoms. Sudah ditakdirkan kita tiada jodoh bersama. Dan kalau ada jodoh pun tak mampu ler iolls nak bayaq yuran sampai 45 ribu haih.

Ok lah, aku dah mengantuk ni. Penat pulak rasa padahal jumpak kawan, makan pastu pusing dua tiga round ja. Mengada sangat haha. Kbai. Assalamualaikum.


ps : Lima haribulan ni dah nak kena daftar form 6. Aku dah la tak ready apa apa lagi ni fuhhh ketaq gila rasa. Dengan segala benda fizik, chemistry, biologi dulu bukannya aku ingat haih. Math lagi omg. Pastu geng pun takdak weh since kawan aku semua dapat form 6 kemanusiaan, tetiba seorang anis farhana sesat dekat sekolah cina disamping best student sekolah haha.

pss : PICOMS - Pusrawi International College Of Medical Sciences

Monday 13 April 2015

Gila Followers

Assalamualaikum.

Masa baru buat blog dulu, aku ni suka sangat follow, blogwalking blog orang. Join segmen tu memang selalu sangat rr. Semuanya sebab nak dapat banyak followers. Malu iolls teringat zaman muda-mudi iolls. Muda-mudi la sangat, 3 tahun lepaih ja kot -_-

Tapi lani aku rasa macam... aku tak berapa nak bagi perhatian sangat la dekat blog, followers semua ni. Sapa yang follow aku pun aku buat taktau ja, dua minggu lepaih tu baru nak follow balik ihik. Dulu kan, aku siap boleh tau sapa yang unfollow blog ni hahahaha. Pastu kalau boleh nak singgah semua blog yang ada sebab nak depa follow blog aku. Saya follow awak, nanti follow saya balik okayyyy. Pffttt.

Sebab dulu aku rasa... makin banyak followers, makin cepat aku femes dan glemer ahaks padahal... malaih aku nak cakap satgi menangeh di bucu katil pulak haha. Btw, duit jugak mempengaruhi kenapa aku dok ligan followers sangat dulu haha. Dulu aku pikiaq followers banyak, duit nuffnang or churpchurp naik. Rupanya pageview la yang tolong wei. Patutla nuffnang aku sendu, pageview pun boleh kira dengan sebelah tangan uolls. Malaih aku nak layan.

Dan di sini aku sertakan... aku pun taktau nak panggil apa. Kronologi? Macam bukan. Apa-apa pun aku nak tunjuk betapa aku gigih meligan followers dulu ahaks. Tapi aku rasa macam tak berapa nak gila followers sangat la sebab followers naik sikit ja hehe.
22.06.2012(selepas 12 hari berblogging) - 63 followers
27.08.2012 - 254 followers
20.09.2012 - 350 followers
20.10.2012 - 515 followers
05.12.2012 - 912 followers
21.05.2013 - 1407 followers (masa ni aku dah mula bertaubat haha)
13.04.2015 - 1967 followers
Wahh dah lama tak guna blockquote. Btw aku rasa kan, kalau aku still dok ligan/gila followers ni, mesti followers dah lebih 2000 kannn hahahaha. Kbai. Assalamualaikum.

ps : Berdasarkan pemerhatian aku, lani orang sibuk dok ligan followers kat ig. Betui dak? Ka bukan?

pss : Pabenda la blog ni, entri tak berilmiah langsung. Sorry, 4 bulan ni aku cuma terbongkang kat rumah, jadi aku hanya mampu menaip entri merapu T.T