Monday 26 May 2014

Happy Holidays

Assalamualaikum.

HAPPY HOLIDAYS UOLLS ^_^

Hari ni last exam; fizik. Tension gila jawab fizik. Lepas jawab teroih rasa nak pitam haha. Over sangat. Ekceli kan, lepas jawab aku rasa hepi gila gila ah sebab bila exam abih, ini bermakna dah start cuti woiiii. Apa lagi perkara yang membahagiakan selain cuti dan lulus exam? Oh haa, amik duit biasiswa juga perkara bahagia. Lagi bahagia dari lulus exam wakakaka.

Eh, takdak aihh.

Aku sebenarnya taktau nak buat apa, tu yang buang tebiat update blog malam malam ni. Nak baca buku rasa macam malaih gila. Dah la 3 minggu asik pegang buku, habih exam pun pegang buku lagi... Memang dok ler. Lagipun tak rock rr asik bace buku je haha. Spm jahanam baru nak insaf kot aku ni kan :')

Aktiviti time cuti tak rancang lagi, aku taktau nak buat apa hee. Rasa macam nak keluaq jalan jalan tapi boleh keluaq ja la sebab duit takdak ihik. Rasa macam nak eksesais bagi kuruih tapi... Nak eksesais camna weh? Lari satu padang? Lompat katak? Atau aku tidoq ja? Hewhewhew.

Satu ja aku harap, cuti kali ni lebih produktif(berangan)... InshaAllah. Btw aku dah set aktiviti membaca akan bermula 2 hari sebelum cuti habis ihikhehehehehe.
Eh ok lah. aku dah taktau nak taip apa. So, babaii. jumpa lagi di episod akan datang. Assalamualaikum :)

Selamat malam juga uolls :)


ps : sebenarnya, sekolah cuti berapa hari pun aku taktau. punya lah fokes kat exam hahaha.

Wednesday 21 May 2014

Dah p sekolah, rupanya hari ni cuti

Assalamualaikum.

Innalillahiwainnailaihirojiun..

Hari ni cuti sekolah. Cuti sekolah sebab Pemangku Sultan Kedah mangkat. Al-fatihah...

Ekceli hari ni exam. Exam agama dengan sejarah. masa cikgu bagitau kata hari ni cuti dan exam dibatalkan, kemain aku seronok gila pastu tetiba tersedar hari ni cuti sebab Pemangku Sultan Kedah mangkat. Astaghfirullah...

Rasa bersalah. Rasa sedih.

Bukan aku ja yang seronok gila, semua pelajar seronok gila sampai bersorak. Lepaih bersorak semua kena ceramah dengan cikgu. Rasa bersalah bertambah tambah...

Sampai lani aku rasa bersalah... Dan rasa seronok ada gak sikit tapi bukan sebab hari ni cuti(agak agak rr nak seronok sebab cuti... ni cuti berkabung weh)... Aku seronok sebab exam batal. Aku mana baca agama habih lagi weh. Banyak gila tajuk yang aku tak baca lagi. Ini semua salah running man!(ehee tetiba)

Ok lah, iolls nak chaw. Esok exam addmath, satu apa aku tak baca lagi. Harap tak gagal macam exam lepaih. Ekceli kan iolls pernah sekali ja luluih untuk addmath haha. Tu pun ujian 1 form 4, masa baru belajaq 1 bab -__-

Assalamualaikum.


ps : tak beragak gila aku ni hahaha balik sekolah teroih update blog hahah. bukannya nak p baca buku. ekceli iolls teruja gila sebab first time pukul 8 dah balik sekolah. ahaha.

pss : hari ni aku genap 16 tahun 11 bulan wehh. lagi sebulan ja birthday aku ehehehehehe.