Monday 29 July 2013

Jenis Entri Yang Orang Suka

Assalamualaikum.

Entri nie entri mix okey. asalnya nak cakap pasal keywords ja tapi ntah la otak aku nie, p tulis sekali pasal 'jenis entri yang orang suka' padahal aku hentam ja. Muahahaha. Nak padam rasa macam tak patut. Nak biar, rasa macam maluuu. Hahaha. Hang dah kenapa kan?

Okeylah. Tengok ja jenis jenis entri yang orang suka. Aku pun tak tahu lah betul ka dak kehkeh.

1. Tips kecantikan. Maybe. Entri tips jadi comel aku tu paling femes kot kat blog nie walaupun tips tu macam mintak kaki. Muahahaha.

2. Resepi. Aku tak tahu sangat lah pasal nie sebab aku tak pernah pulak tulis pasal resepi. Hahaha. Masak pun malas woiii. Ada hati nak share resepi >.<

3. Berita terkini @ gosip. I think yang nie orang suka kot. Tambah pulak yang gosip tu kan hahaha. Tapi aku nie tersangat sangat lah jarang bukak blog macam tu sebab aku dah ada timah, atul dan shida. Segala gosip aku tau dari depa muahahaha.

4. Entri yang berilmiah. Bukan nak tunjuk baik ka apa tapi betul lah. Boleh tambah ilmu kan. Lepas nie nak tulis entri yang berilmiah lah. Takdak lah asyik update benda mengarut ja >.<

Okey. Yang tu ja aku dapat share pasal entri yang orang suka. Maybe lah. Kalau entri personal pun orang suka jugak kot. Tapi maybe kurang dapat perhatian. Lain lah fatin liyana kan. Orang lagi suka kalau dia share cerita personal. Kalau aku cerita....

Krikk krikk krikk.

Okey lah. Kembali kepada niat asal. Aku nak share keywords blog aku. Keyword blog aku kebanyakan nya pasal 'nak jadi comel', 'tips jadi macam orang korea' and yang sama waktu dengannya. Memang banyak ah. Pelbagai versi hahaha. Dulu masa baru buat takdak lah banyak sangat. Sekarang taktau la pesal banyak sangat. Nak dekat raya kot kan?

Muahahahaha. Errr, motif gelak?

banyak kan? sekali dengan kskb sungai buloh pun ada. tu bekas kolej kakak aku kot. 

Dan dalam semua semua keyword, keyword yang paling tak boleh blah ialah...
Maaf la untuk siapa yang cari tu. Saya taktau lah dia pakai pencuci apa. Heee, peace.

Babai.

Assalamualaikum. Selamat petang. Selamat berpuasa. Selamat berbuka. Selamat menduduki trial bagi budak form 3.

Saturday 20 July 2013

Pernah Try Buat?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari nie dah hari yang kesebelas kita berpuasa. Dan aku tak bangun sahur lagi tskk tskk. Sedar sedar dah pukul 5.58 pagi. Dah la tengah demam + sakit tekak + selesema. Kering tekak woit.

Okey, memandangkan aku pun malaih nak cakap banyak, dengan tak bangun soq lagi. So straight to the point.
Aku pernah buat no. 2, 34, 5, 6, 8, 10.

Yang no. 1, 7, 9 tu tak pernah pulak aku try buat. Hahaha. Makan macam kucing? Sepeliks aku tak pernah pulak aku buat benda cenggitu. Haha. Hampa pernah?

No.7 tu memang sumpah la aku tak pernah buat. Dari kecik aku nak jadi dokter. So, superhero bagai nie memang tak pernah wujud dalam otak aku kihkihkih poyo. Padahal pernah ja berangan jadi wonderpets. Muahahaha. Siap berdiri ataih kerusi sambil menyanyi lagu wonderpets >.<

No.9 tu aku no komen sebab aku pun tak tahu aku pernah buat ka dak. Rasanya tak. Rasanya lah. kot.

-.-'

Yang no.2, no.3 and no.5 tu aku rasa sampai sekarang aku dok buat lagi. Hahaha. Tambah pulak yang no.2 tu. Aku pun tak tahu lah kenapa boleh jadi macam tu. Rasa macam serba salah ja kalau pijak line hahaha.

Hampa camna pulak?

Oke lah. Chaw. Nak layan pee mak sat hehehe. Baru nak layan woi. Ketinggalan gila >.<

Assalamualaikum.

ps : pening lagi sebenarnya tapi gigih layan youtube -.-'

Sunday 14 July 2013

Cerita Pasal Novel

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari nie hari ke 5 kita berpuasa. Semoga diberkati.

Sebenarnya aku nak cakap pasal novel hlovate yang aku beli dah sampai. Hehe. Aku first time beli novel yang macam nie sebenarnya. Kesian kan. Selalu beli novel cinta ja, apa kata ubah selera sikit. Hehe. Aku memang dah lama nak beli novel hlovate tapi apakan daya, aku taktahu dekat mana nak beli. Cari dekat kedai tak jumpak. At last beli online. Senang sikit reja aku!

Maaflah kualiti gambar tak elok. Maklumlah henfon cikai. Nak bukak internet pun takleh haha kesian. Henfon aku yang lagi satu rosak sebenarnya so aku terpaksalah pakai henfon yang macam hidup segan mati tak mahu nie. Ahh, janji ada gambar sudah la kan.

Masa aku nak beli nie aku takdak duit pun sebenarnya. Memang tinggal 5 hinggit ja. Tetiba gila aku p order. Hahaha. Bajet kaya leteww. Terpaksa lah buat muka tak malu mintak duit kat my father hahahaha.

Btw terima kasih jugak kepada pemilik blog INI dan INI sebab sudi menghadiahkan budak peliks nie keychain dan bookmark. Huhuhu. Kesian gila taktau nama. Maap. Keychain tu menang join segmen dekat facebook kalau tak silap. Yang bookmark tu, sapa cepat dia dapat. Kehkehkeh.

bajet glemer tutup alamat. puii. hahaha. 
Aku pun dah malaih dah ni jadi aku akhiri entri ni dengan quote yang aku jumpak dekat belakang buku Anthem haha :)

"everybody has a past. everybody lives a present. and everybody deserves a future"
:)

Assalamualaikum. 

Wednesday 10 July 2013

1 Ramadhan dan Puteri Awani

Assalamualaikum semua.

Amacam puasa hari nie? Ada yang kantoi tak. Ahaks. Aku alhamdulillah mampu puasa sampai waktu berbuka tadi walaupun tak bangun sahur. Nie lah padahnya kalau tido lambat. Kunci alarm pun macam tak guna sebab henfon aku letak kat mana pun aku tak tahu T.T

Tapi nasib baik sebelum aku tidoq aku dah bedal ayam goreng, nasi dan jugak my feveret ever, cekelat cadbury. Saja makan awal awal kot kot esoknya tak bangun ka apa kan. Dan tak sangka memang aku tak bangun betul. Alahaiiiii. >.<

Ingat! Dah puasa ni jaga mata, jaga iman, jaga hati. Jangan lupa jaga perangai. Jaga mulut juga ya. Pesanan untuk aku jugak. Dah tak boleh bergosip sampai cikgu usha pelik haha :D

Selamat berpuasa ya. Jangan bagi kantoi puasa ya. Puasa penuh ya. Puasa biar ikhlas ya. Yang aku nie dah kenapa kan?  -.-'

Tukar cerita.

Sekarang tengah femes kan cerita pasal puteri awani nie. Ramai orang yang mengata dia kan. Mungkin dia salah tapi tak baik lah kutuk dia sampai teruk macam tu. Aku sendiri pun rasa macam ^()@$&()#. Gila teruk depa kutuk. Hmm.

Oh ya. Btw aku  nak share satu video. Kira macam parody video puteri awani tu. Muahaha. Sumpah lawak weh. Aku bukannya gelak dekat puteri awani tu, aku gelak dekat tuan punya sora tu. Pandai pulak dia berkata kata. Hahahahahah.


Okey lah. Aku nak blah. Homework banyak tak buat lagi. Addmath lagi. Huuuuu T.T

Assalamualaikum.


ps : ini entri yang keseratussssss. yeayy :D

Monday 8 July 2013

Ganglion?

Assalamualaikum.

Semalam, aku tetiba terperasan benjol dekat pergelangan tangan aku. Sebenarnya dah lama ada tapi semalam baru aku terbukak hati nak google. Mula mula aku ingatkan semua orang ada tapi rupa rupanya penyakit. Iyalah, tangan ayah aku ada, tangan kawan aku pun ada. Tak kira lagi tangan abang, kakak, tokwan, toknek, sepupu sepapat. Haaa.


First time dengaq, terkejut jugak ah. Ketaq pun ada. Kot kot lah jenis merebak ke apa ke kan. Tapi alhamdulillah, penyakit nie takda lah berbahaya sampai bawak mati. Benjol tu boleh membesar, mengecil dan hilang dengan sendiri. Tapi aku takut jugak lah, kot kot tetiba membesar tiba tiba. T.T

Berdasarkan apa yang aku baca. Kalau benjol tu besar dan susah kalau nak buat kerja apa apa, we need to do operation. Oh ya, aku baca orang kata ganglion nie jelly tapi bila aku pegang tak rasa macam jelly pun hehe. Keras semacam ja. Aku ingatkan tulang, that's why sebelum nie aku buat endah tak endah ja dekat dia heee >.<
Ganglion ni merupakan gejala di mana ada bengkak yang dihasilkan oleh tisu dalam mana² anggota badan terutama pergelangan tangan dan kaki. Tisu yang diberi nama synovium berfungsi sebagai lubricating fluid untuk wrist dengan ankle.
Ayat atas tu aku copy jaaa. Hehehe. Aku sebenarnya tak berapa tau sangat pasal ganglion nie sebab kebanyakannya blog dari indonesia. Kemain tau dak aku baca blog indonesia. Berpinau mata den nak paham menda yang dia cakap tu heeeee.

Nak tahu lebih pasal ganglion nie, pergilah jumpak dokter ihiks. Aku nie lemah sikit nak jumpak dokter nie. Trauma. Trauma apa pun aku taktau la weh haha >.<

Okey lah. Chaw. Selamat berpuasa. Selamat malam juga. Assalamualaikum.

Wednesday 3 July 2013

CPUV Yang Ke-9 Dan Ke-10 dari Nuffnang

Assalamualaikum.

Hari nie hari rabu. Esok hari khamis. Esok sekolah aku buat hari keusahawanan. Tahun lepas dah buat sebenarnya tapi ntah la kenapa tahun nie buat lagi. Maybe sebab tahun nie pengetua baru. Maybe. Tapi bagus jugak depa buat lagi sebab tahun lepas aku tak p punggg. Aku demam. Rugi sepuloh hinggit!

Okey. Aku nak cerita pasal cpuv sebenarnya.

Tadi saja usha usha entri orang dekat dashboard then ternampak beberapa blogger update entri pasal be baru. Mula mula aku relax lagi. Pastu saja usha iklan nuffnang dekat blog aku, kot kot lah ada tanda tanda nak dapat be baru. Ihik.

Bila nampak ja iklan tu, terus aku bukak nuffnang. Semangat gila kan hehe. Mana nak tau iklan tu be baru kan hehe. Aku memang berharap gila dapat be. Dan akhirnya;

Alhamdulillah. Dapat dua be baru n it means blog nie ada 6 cpuv yang on going. Jadi sesiapa yang rajin, tolonglah tekan. Hehehe. Yang tak rajin pun boleh tolong tekan. Takdak masalah. Hahahaha.

Assalamualaikum.


ps : lagi 6 hari lagi nak puasa. hehe :D